Adakah Anda Tahu Yang Jari Anda Boleh Menceritakan Personaliti Dan Karakter Anda?

dita
tips-and-tricks.co

Mari kita berikan tumpuan kepada jari telunjuk dan jari manis. Oleh kerana kajian ini dilakukan pada kaum lelaki, panjang dua jejari ini berbeza mengikut tahap hormon testosteron di dalam badan kita. Tahap ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis seperti yang ditunjukkan di atas, iaitu A, B dan C.

A. Jari manis lebih panjang dari jari telunjuk

Mereka yang mempunyai jari seperti ini biasanya amat cantik atau kacak dan juga berkarisma. Mereka mudah untuk mesra dengan orang lain. Mereka juga nampak agresif, agak kurang sabar, suka buat keputusan dengan cepat dan amat berani. Bukan itu sahaja, mereka juga pandai membuat duit berbanding rakan sebayanya yang mempunyai jari manis yang lebih pendek dari jari telunjuk.

B. Jari manis lebih pendek dari jari telunjuk

Orang yang mempunyai jari manis yang lebih pendek daripada jari telunjuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ia juga boleh dipanggil \’narsistik\’. Mereka suka bersendirian dan tidak suka mengganggu sesiapa. Tentang hal cinta pula, mereka sangat perahsia. Mereka juga amat pemalu dan tidak akan memulakan sesuatu terlebih dahulu.

C. Jari manis sama panjang dengan jari telunjuk

Mereka yang ada jari manis dan telunjuk yang sama panjang biasanya ialah seorang pengantara yang bagus. Mereka jujur dan penyayang dengan orang di sekeliling mereka. Mereka boleh bersabar, tidak sukakan pergaduhan, terurus dan boleh bekerjasama dengan sangat baik dalam apa jua situasi. Kehidupan mereka sememangnya tenang dan damai.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah penerangan di atas sepadan dengan karakter diri anda? Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, jangan lupa untuk kongsikannya bersama rakan anda, mereka pun tentu ingin mengetahuinya juga!