Ucap selamat tinggal dengan pembatalan rancangan TV ini pada 2022

Setiap kali rancangan baharu tiba di TV atau mana-mana platform perkhidmatan penstriman seperti Netflix, Hulu dan HBO Max, sesuatu rancangan TV yang sedia ada akan dibatalkan demi memberi ruang kepada rancangan yang baharu. Ia telah berlaku sebelum ini dan akan terus berlaku di masa akan datang.

Tiada bezanya dengan tahun 2022. Ini kerana beberapa rancangan terbesar sejak sedekad lalu seperti The Ellen Generes Show dan The Walking Dead akan menyiarkan episod terakhir mereka pada satu ketika tahun ini. Di bawah ialah senarai rancangan TV yang akan tamat atau dibatalkan pada tahun 2022.

4400

4400
Sumber: Cinemablend.com

Rancangan TV yang diberi nafas segar oleh CW iaitu 4400, di mana ia mengisahkan sekumpulan rakan yang tiba-tiba kembali selepas hilang dan tanpa sebarang ingatan tentang apa yang telah berlaku, adalah salah satu rancangan siri yang dibatalkan pada Mei 2022. Rancangan itu hanya berlangsung selama satu musim selepas mula ditayangkan pada Oktober 2021.

A Discovery of Witches

discovery of witches
Sumber: Cinemablend.com

Pada Disember 2021, Digital Spy melaporkan bahawa musim ketiga dan musim terakhir drama romantik popular A Discovery of Witches yang dibintangi oleh Matthew Goode dan Teresa Palmer akan dimulakan pada 7 Januari 2022. Siri ini, yang memulakan tayangan di UK pada 2018 boleh ditonton di platform penstriman AMC .