Letakkan secawan beras di dalam almari anda dan ini yang akan berlaku!

Ini sebabnya anda perlu meletakkan secawan beras di dalam almari anda

petua beras
Sumber: Consejosytrucos.co

Beras sememangnya menjadi antara ramuan ruji di dapur kita. Terdapat juga banyak kegunaan lain bagi beras selain daripada dijadikan hidangan nasi. Contohnya seperti mengeringkan telefon anda dengan menenggelamkannya di dalam beras selepas anda terjatuhkannya ke dalam air. Hari ini, kami akan berkongsi dengan anda tentang satu lagi kegunaan beras untuk anda di mana ia berkaitan dengan almari pakaian anda.

Ia membantu menghilangkan kelembapan

Jika anda sudah biasa dengan helah memasukkan telefon pintar anda ke dalam beg beras untuk menyelamatkannya daripada kerosakan air, anda mungkin telah tahu bahawa beras sememangnya berkesan dalam membantu menyerap lembapan. Ini adalah satu maklumat yang berguna kerana kadangkala, kabinet kita juga boleh mengalami masalah dengan kelembapan.

Mungkin almari rumah anda agak lembap atau anda telah meletakkan semula pakaian yang baru dibasuh ke dalam almari, walaupun ia belum kering sepenuhnya. Kelembapan ini akan membuatkan pakaian anda berbau hapak dan ia juga boleh menyebabkan pakaian anda berkulat!

Menyegarkan udara

manfaat beras diy
Sumber: Pexels.com

Memandangkan beras dapat menyerap kelembapan dari bilik, ia juga berfungsi sebagai penyegar udara. Dengan menambahkan beberapa titis minyak pati ke dalam beras, almari pakaian anda akan mula berbau harum! Anda tidak perlu membeli penyegar udara atau sachet wangi yang mahal; anda boleh membuat pewangi sendiri dengan sangat mudah. Dan dengan cara ini, anda juga boleh memilih apa yang anda suka dan mencari bau yang sesuai untuk anda.

Baca halaman berikut untuk mengetahui cara untuk melakukannya.