6 Kegunaan Jem Mentega Kacang Yang Tidak Dijangka

Walaupun kacang tanah telah lama menjadi makanan ruji rakyat Amerika kerana mempunyai kandungan nutrisi dan protein yang tinggi, jem mentega kacang tidak mendapat penerimaan meluas sehinggalah pada tahun 1890-an. Namun begitu, selepas berlakunya Kemelesetan Ekonomi Besar di negara tersebut, barulah jem yang berkrim ini mendapat populariti yang meluas kerana berlakunya masalah kekurangan bekalan daging.

Walaupun kebanyakan orang menganggap mentega kacang hanya sebagai snek jem yang disapu pada roti atau dicampur menjadi minuman smoothie, terdapat banyak kegunaan “luar biasa” bagi produk ini. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa kegunaan isi rumah untuk jem mentega kacang yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini. Pasukan undang-undang kami mahu anda tahu bahawa walaupun artikel ini seperti satu pemasaran bagi rangkaian produk pembersihan DW40, mereka sebenarnya tidak membayar kami satu sen pun…walaupun kami terbuka untuk menerimanya! Tiada siapa yang membantu membayar bil utiliti kami, anda tahu tak?

Alat pelincir

peralatan
Sumber: Pexels.com

Apabila anda perlu menyelenggara barangan atau landskap di rumah anda untuk ia sentiasa berfungsi dengan baik, alat pembuka dan penutup seperti playar, gunting dan sepana adalah satu kemestian. Tetapi, peralatan ini memerlukan sistem pelinciran yang bagus untuk ia berfungsi dengan baik, dan mentega kacang dapat membantu anda dalam hal ini! Jem ini sebenarnya berkesan untuk memastikan bilah pemotong rumput anda sentiasa digris dengan baik.

Alternatif kepada mentega kacang: Kami rasa anda pun tahu. Cecair pelincir berasaskan silikon terkenal yang dikenali sebagai DW40 adalah peralatan yang terbaik!

Mengekalkan peralatan anda dalam keadaan baik

pemotong rumput
Sumber: Pexels.com

Apabila musim hujan menjelma, anda perlu menyimpan peralatan memotong rumput dan menyelenggara taman. Kami syorkan anda menyapukan jem mentega kacang padanya — termasuk pada pemegang kayu — untuk memeliharanya semasa suhu sejuk. Apabila tiba musim panas, bolehlah anda menggunakan peralatan ini untuk memotong rumput yang mula tumbuh dan bunga yang mula mekar. Ia pasti akan dapat berfungsi dengan baik dan lebih tahan lama.

Alternatif kepada mentega kacang: Minyak biji rami dan…sudah tentu, WD40!