6 Kegunaan Jem Mentega Kacang Yang Tidak Dijangka

Sebagai pengilat perabot

kabinet dapur
Sumber: Pexels.com

Jika anda ingin menggilap kulit sofa, meja vinil dan kerusi kayu, anda juga boleh cuba menggunakan mentega kacang! Ia benar-benar dapat membantu menggilapkan permukaan barangan di rumah anda. Cumanya, ada tip tertentu untuk mengelakkan semut daripada menghurungnya. Sapukan sedikit mentega kacang pada kain yang bersih dan gosok dalam gerakan membulat untuk menyerlahkan permukaan meja atau kerusi sofa anda. Perabot di rumah anda akan kelihatan seperti baru walaupun sudah bertahun-tahun anda menggunakannya!

Alternatif kepada mentega kacang: jika anda tidak mahu kerusi di rumah anda berbau seperti kacang, gunakan semburan pengilat yang mempunyai bau sitrus atau lemon. Anda mungkin akan menyukai bau lemon tersebut!

Untuk membaiki engsel pintu yang berbunyi

penyelak pintu
Sumber: Pexels.com

Adakah engsel pada pintu dan kabinet di rumah anda mula mengeluarkan bunyi mengeriut? Anda tidak sukakan bunyinya dan sering berasa terganggu olehnya? Mudah sahaja. Ambil sesudu jem mentega kacang dan sapukan pada engsel pintu tersebut. Pastikan jem tersebut menyelaputi keseluruhan bahagian engsel tersebut. Kemudian, biarkan ia beberapa minit untuk memastikan jem itu telah menyerap sepenuhnya. Selepas ini, anda akan mempunyai engsel yang normal dan tidak lagi berbunyi bising.

Alternatif kepada mentega kacang: Jeli petroleum. Atau WD40. Ia pasti berkesan.