7 Makanan Yang Membuatkan Mata Anda Kekal Terang dan Sihat

Mata adalah antara organ terpenting yang ada pada manusia. Ia membantu kita melihat alam semula jadi yang indah dan membantu kita menguruskan diri dalam urusan seharian. Dengan bertambahnya usia, penting untuk kita sentiasa menjaga kesihatan mata. Apakah cara terbaik untuk memastikan mata kita kekal muda, terang dan sihat? Cara termudah adalah dengan menjaga pemakanan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa makanan sihat yang patut kita ambil demi mengekalkan kualiti pandangan yang terbaik dengan bertambahnya usia kita. Jom kita lihat apakah makanan-makanan tersebut!

Buah oren

buah oren
Sumber: Pexels.com

Ini adalah buah yang mudah untuk kita perolehi di rumah kita. Ia banyak dijual di kedai buah berhampiran kawasan kejiranan kita atau ada banyak ditawarkan di pasaraya besar. Buah oren adalah antara buah yang terbaik untuk kesihatan mata kita! Warna oren yang ada padanya telah dihasilkan oleh nutrien dipanggil beta-karotena, yang ditukar menjadi vitamin A dalam badan. Nutrien ini membantu meningkatkan kualiti penglihatan kita pada waktu malam dan mencegah daripada mata kering. Ia juga turut membantu mengurangkan risiko jangkitan mata.

Sayur kale

sayur kale
Sumber: Pexels.com

Lagi satu makanan yang bagus untuk kesihatan mata adalah sayur kale, atau sayur kangkung. Sayur ini mengandungi nutrien dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin di mana ia berkaitan dengan vitamin A dan beta-karotena. Ia dapat membantu melindungi tisu mata kita daripada risiko kerosakan dek sinaran matahari. Selain itu, sayur kale bagus untuk dimakan oleh mereka yang mengalami masalah katarak. Demi kesihatan mata yang lebih baik, kita digalakkan untuk makan lebih banyak sayur-sayuran berdaun gelap bersama dengan lemak,seperti minyak zaitun. Ini untuk memaksimumkan penyerapan lutein dan zeaxanthin.