15 Objek Biasa Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Cara Menggunakannya Dengan Betul

Berada di dalam kereta, anda pernah melihat anak panah kecil pada sebelah gambar tangki minyak?

15 objetos absurdamente útiles que no tenías idea cómo usar correctamente.
gordonsautoatl.com

Sekejap! Anda tahu anak panah apa yang kami maksudkan? Sekiranya anda tidak pernah sedar, perhatikan gambar tangki minyak, dan lihat di tepinya. Anda akan ternampak anak panah. Percaya atau tidak, anak panah ini menunjukkan di sebelah mana tangki minyak anda berada pada kereta anda, sama ada di sebelah pemandu atau sebelah penumpang. Ini menjadi maklumat berguna terutamanya ketika kenderaan anda digunakan untuk pertama kali!

Pernahkah anda perhatikan lubang kecil pada kunci mangga? Anda tahu itu untuk apa?

15 objetos absurdamente útiles que no tenías idea cómo usar correctamente.
yallairaq.com

Baiklah, anda mungkin tak pernah menyangka, lubang kecil ini mempunyai bukan satu tetapi dua fungsi yang logikal. Dari satu aspek, ia memastikan air mengalir keluar sekiranya kunci mangga tersebut basah, dan dari segi satu aspek lain, ia adalah saluran masuk minyak bagi melincirkan pembukaan dan penutupan kunci mangga. Sekiranya anda berasa sukar untuk membuka kunci mangga, titiskan minyak pelincir ke dalam lubang ini.