Apa yang postur anda dedahkan tentang personaliti anda?

Postura Gambe
tips-and-tricks.co

Postur A
Orang yang gemar duduk begini ialah seorang yang sangat kreatif dan berkarisma. Mereka biasanya bersikap spontan dan tidak terlalu memikirkan tentang keputusan yang perlu dibuat. Ini mungkin boleh mendatangkan masalah dari semasa ke semasa, tetapi karisma semula jadinya akan membantunya keluar dari sebarang situasi rumit. Orang seperti ini menganggap kehidupan sebagai satu pengembaraan dan selalu bersikap terbuka dengan pengalaman baru. Mereka ialah orang yang sangat mudah bergaul dan membuat rakan baru. Malah, orang di sekeliling mereka juga berasa cukup selesa dengannya dan perhubungan ini selalunya bersifat jangka masa panjang.

Postur B
Orang yang suka duduk dalam posisi begini ialah seorang pemimpi sejati; mereka suka bermimpi, berangan dan berkhayal. Mereka ialah orang yang kaya dengan khayalan dan boleh hilang sepenuhnya di awang-awangan, walaupun dalam keadaan mata yang terbuka! Idea-idea hebat sering muncul di fikiran mereka, sangat segar dan apabila mereka berkongsi tentangnya dengan orang lain, mereka akan menganggapnya sebagai suatu yang sangat menarik. Mereka juga bersifat empati dan mudah berkomunikasi dengan orang lain, tapi oleh sebab ini jugalah, mereka sering berada di tempat duduk belakang. Mereka jarang menonjolkan diri. Mereka juga pendengar yang setia dan ini sesuai dengan sifat dan emosi mereka.

Postur C
Orang begini selalunya bersikap kelam-kabut dan sering mengalami masalah untuk memberi tumpuan atau duduk diam. Malah, fikiran mereka selalu menerawang dan mereka selalu bercakap tanpa memikirkan akibat daripada kata-kata mereka. Mereka juga mudah berasa bosan dan mempunyai tahap fokus yang rendah. Mereka mampu menyumbang di dalam suasana yang pantas dan setelah mendapat banyak ransangan daripada persekitaran. Dalam perhubungan pula, mereka mudah hilang minat dan perlu mendapatkan galakan daripada orang lain. Tetapi, tidak semuanya buruk kerana orang begini juga sangat suka berusaha untuk menjadikan segalanya berjalan dengan sempurna.


Postur D
Mereka biasanya seorang yang sangat cerdas dan sukar berfikir secara rasional. Mereka menepati waktu, teratur dan sempurna. Rumah mereka selalunya bersih dan rapi, semuanya sentiasa tersusun dan terletak elok. Mereka adalah orang yang suka menyimpan rahsia dan tidak mudah untuk mendedahkan perkara tentang diri mereka. Namun, mereka juga seorang yang sangat jujur dan tidak suka bergosip. Mereka kekal tenang dalam semua situasi dan tidak mudah mengubah pandangan mereka. Apabila menerima ransangan yang kuat, seperti berdebat atau berkelahi, orang begini cenderung untuk mengabaikan keadaan dan tidak akan meluahkan emosinya.

Postur E
Orang begini sangat menumpukan kepada matlamat peribadi mereka dan mementingkan kerjaya. Mereka suka menetapkan matlamat dan cita-cita tinggi yang kadangkala sukar untuk dicapai dengan mudah. Oleh sebab itulah, kata sifat yang paling sesuai untuk mereka ialah \\ \\’konsisten\\\\’. Sekiranya mereka telah menetapkan matlamat, mereka akan berusaha untuk mencapainya. Orang begini juga suka menetapkan matlamat bagi tujuan peribadi, contohnya mengenai kesihatan diri dan perhubungan cinta. Mereka seorang yang mementingkan kesempurnaan, walaupun ianya tentang penampilan diri mereka. Atas sebab itu, mereka kadangkala akan kehilangan apa yang mereka miliki, kerana mereka terus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak lagi, sehingga terlupa untuk menghargai apa yang mereka sedang miliki.
Anda suka artikel ini? Mari kongsikannya di media sosial anda!