Cara Buat Perabot Taman Kayu Palet – Menggunakan 45 Kayu Palet

Bersih dan gosok semua kayu palet dengan kertas pasir.

Person working on a wooden pallet
forhappyhome.com

Tugas ini lebih mudah sekiranya anda mempunyai mesin pengamplas kayu, tapi jika tiada, anda boleh menggosoknya secara manual. Mungkin, ia agak remeh tetapi hasil akhirnya berbaloi dengan peluh dan air mata anda.

Selepas itu, cat semua palet dengan warna pilihan anda. Untuk mendapatkan rekaan gaya Inggeris, kami sarankan anda memilih warna putih. Jika anda mahu membuatkan taman nampak lebih luas, pilih warna lembut seperti warna pastel.

person painting wooden pallets
forhappyhome.com

Penyembur cat automatik akan membuatkan tugasan ini lebih pantas. Namun, saya cadangkan anda untuk menyewa atau meminjam satu penyembur dari rakan anda kerana masa yang diperlukan untuk mengecat 45 kayu palet dengan berus cat tidaklah menyenangkan.

Selepas anda mengecat palet anda, biarkan ia kering selama 24 jam.

Sekarang, masa untuk memakukan kayu palet anda.

Ia lebih bagus sekiranya anda membuat lakaran rekaan taman mengikut keinginan anda. Ini akan memberikan kepada anda idea tentang berapa banyak kayu palet yang anda perlukan dan di mana dan bagaimana untuk menyusunnya.

wooden pallet garden in progress
forhappyhome.com

Selepas anda selesai meletakkannya di mana perlu dengan paku dan gam kayu, langkah terakhir adalah hiasan.

Anda boleh menghias teres kayu anda dengan kusyen dan bantal berwarna-warni dan juga elemen hiasan yang lain untuk mendapatkan rupa taman yang hangat dan selesa seperti yang anda inginkan.

A wooden pallet garden with throw pillows
forhappyhome.com

Siapa yang tak suka untuk berehat di teres kayu pada waktu petang yang redup? Saya sudah tentu suka. Sambil duduk bersembang, sambil minum teh dengan keluarga atau rakan-rakan!

Ya! Sekarang anda tahu yang anda boleh membuat sesuatu yang kreatif dan cantik dengan kayu palet tanpa perlu berbelanja besar.

Pada era DIY ini, ia sungguh bermanfaat untuk menemui benda kreatif yang boleh anda buat dengan objek-objek biasa di sekeliling anda.