Kami tidak pernah tahu yang anda boleh melakukan perkara ini dengan hanya sedikit kulit oren!
Buah oren sememangnya penuh dengan vitamin dan rasanya juga lazat! Semua orang tahu bahawa oren adalah sumber vitamin C yang hebat dan ia juga membantu anda mendapatkan sumber khasiat asid folik yang mencukupi. Ia adalah buah yang hebat!
Tetapi adakah anda tahu bahawa anda boleh membuat sesuatu yang sangat menyeronokkan dengan sisa kulit oren tersebut? Mari kita ketahui perkara yang boleh anda lakukan dengan kulit oren dengan membaca halaman seterusnya.
Lilin wangi buatan sendiri
Tahukah anda? Jika anda mengupas oren kepada dua dan mengorek isinya, anda boleh membuat sesuatu yang sangat cantik. Anda boleh membuat lilin wangi buatan anda sendiri!
Dua keping kulit oren yang telah dipotong cantik boleh berfungsi sebagai mangkuk kecil. Ia adalah alternatif yang murah dan praktikal, berbanding jika anda membeli semua jenis lilin wangi yang mahal di kedai. Selain itu, ia adalah projek kraf yang menyeronokkan dan mudah di mana ia akan membuatkan rumah anda berbau harum!